Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE PAINT 3D

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapatmenghasilkan beberapa coretan 3D yang mudah. Ia memberikan kelebihan kepada peserta kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan secara langsung memberikan pendedahan kemahiran ICT kepada mereka....baca selanjutnya

nov

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 5 November 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapat menghasilkan dokumen yang berkaitan di tempat kerja, sekolah, rumah dan lain-lain. Ia memberikan kelebihan kepada peserta kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan secara langsung memberikan pendedahan kemahiran ICT kepada mereka....baca selanjutnya

nov okt

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE PAINT

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapatmembuat gambaran secara bebas....baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 22 September 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapat menghasilkan dokumen yang berkaitan di tempat kerja, Sekolah, Rumah dan lain-lain. Ia memberikan kelebihan kepada peserta kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan secara langsung memberikan pendedahan kemahiran ICT kepada mereka....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2022

Program ini merupakan salah satu inisiatif dan kerjasama antara 4 buah PEDi di Tanah Merah bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan serta menyemai semangat cintakan negara kepada pelajar...baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar agar dapat menghasilkan kerja kursus yang berkaitan di sekolah, rumah dan lain-lain. Ia memberikan kelebihan kepada pelajar kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan mereka boleh datang ke PEDi pada hujung minggu atau selepas waktu persekolahan....baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE POWER POINT

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapatmembuat pelbagai slide secara bebas dan kreatif untuk dipamerkan ke skrin. Ia juga memberikan kemudahan kepada peserta untuk menyusun slide pembentangan, memasukkan teks, gambar, grafik, dan lain-lain....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG EDISI RAYA: REVIEW PRODUK MAKANAN DARI USAHAWAN TEMPATAN DAN RESEPI AIR KOKTAIL BUAH-BUAHAN

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kuala Paku di mana empat buah Pusat Internet Komuniti Digi Tanah Merah merangkumi Pengurus dan Penolong Pengurus bergabung untuk berkongsi pengisian...baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE POWER POINT

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapat membuat pelbagai slide secara bebas dan kreatif untuk dipamerkan ke skrin. Ia juga memberikan kemudahan kepada peserta untuk menyusun slide pembentangan, memasukkan teks, gambar, grafik, dan lain-lain....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: CARA MEMBUAT CHICKEN CHOP, MASHED POTATO, HAWAIIAN CHICKEN SALAD DAN BLACK PEPPER SAUCE

Aktiviti Terkini | 2 April 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kuala Paku di mana empat buah Pusat Internet Komuniti Digi Tanah Merah ...baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI MIMO

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2022

Pihak PEDi berkongsi tentang penggunaan Aplikasi Mimo. Ia boleh ditonton secara umum oleh pengikut - pengikut Facebook Page PEDi Kg Chawas....baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapat menghasilkan dokumen yang berkaitan di tempat kerja, sekolah, rumah dan lain-lain. Ia memberikan kelebihan kepada peserta kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan membuka peluang pekerjaan kepada mereka....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN: ASAS MEMBINA KEDAI DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2022

Kelas ini diadakan untuk membantu usahawan setempat membina kedai di Shopee dengan mendaftarkan diri sebagai penjual dan menyenaraikan produk....baca selanjutnya

KELAS ICT: SUNTING LOGO PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN CANVA.

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat dan mengedit logo perniagaan menggunakan Canva dengan cara memilih logo yang telah tersedia. Peserta hanya perlu memilih warna dan bentuk yang betul agar logo mereka kelihatan ikonik dan bersesuaian dengan produk....baca selanjutnya

KELAS FB PAGE DAN FB ADS USAHAWAN HANGER PRINTING

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2022

Kursus ini adalah latihan perseorangan bagi usahawan Hanger Printing. Kelas bertujuan untuk memberi latihan tentang Facebook Page dan juga Facebook Ads....baca selanjutnya

KELAS ICT: EDITING POSTER MENGGUNAKAN POSTERMYWALL

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat dan mengedit poster menggunakan Poster MyWall dengan cara memilih poster yang telah tersedia dan peserta hanya perlu menambah baik idea dan kreativiti mereka....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti