PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Aktiviti terkini |6 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Kemahang 3

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan salah satu inisiatif dan kerjasama antara 4 buah PEDi di Tanah Merah bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan serta menyemai semangat cintakan negara kepada pelajar.
• Ia juga diadakan untuk memperkenalkan fungsi PEDi dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

Tujuan :
• Untuk melahirkan generasi yang cintakan negara dan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan serta merapatkan hubungan komuniti bersama staf PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Staf PEDi mensasarkan 3 slot bersama komuniti di mana slot pertama menyediakan kuiz kemerdekaan secara dalam talian bersama pelajar sekolah rendah.
• Bagi slot kedua, pelajar dikehendaki membuat video pendek bertemakan kemerdekaan secara berkumpulan.
• Untuk slot ketiga, staf PEDi akan membuat tayangan filem pendek kemerdekaan kepada komuniti diiringi dengan penyampaian hadiah dan jamuan.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
• Selain itu, pelajar juga dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan melalui tayangan filem yang dipaparkan serta mewujudkan sikap kerjasama dan bersatu padu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :