Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SIRI JELAJAH SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN SSM DENGAN KERJASAMA PEDI TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2021

Program Ini adalah Program Siri Jelajah SSM untuk Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di setiap daerah seluruh negeri Kelantan.....baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI DAYLIO

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Pihak PEDi berkongsi tentang penggunaan Aplikasi Daylio. Ia boleh ditonton secara umum oleh pengikut - pengikut Facebook Page PEDi Kg Chawas....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN DIGITAL 4 IN 1

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Kursus asas keusahawanan bagi pelajar semester 1 Kolej Komuniti Jeli...baca selanjutnya

ZOOM KURSUS ENTREPRENEURSIP NEW NORM BERSAMA KOLEJ PROFESSIONAL MARA INDERA MAHKOTA

Aktiviti Terkini | 19 November 2021

Program ini adalah program anjuran mara mara bagi program start up scheme- imyess anjuran mara dan kolej profesional mara indera mahkota...baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI EDISON CALENDAR

Aktiviti Terkini | 15 November 2021

Video pembelajaran ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Chawas. Pihak PIK ingin memberi sedikit perkongsian yang bermanfaat mengenai penggunaan Aplikasi Edison. Ia boleh ditonton secara umum oleh pengikut - pengikut Facebook Page PIK Kg Chawas....baca selanjutnya

ZOOM KURSUS PHONEPRENEUR “FOTOGRAPHY VIDEOGRAPHY – COPY WRITTING” ANJURAN MARA KUALA KRAI

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2021

Program ini adalah program anjuran mara kuala krai. Kursus yang di anjurakan adalah kursus phonepreneur “fotography – videography – copy writting”...baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI TWEEK

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2021

Video pembelajaran ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Chawas. Pihak PIK ingin memberi sedikit perkongsian yang bermanfaat mengenai penggunaan Aplikasi Tweek. Ia boleh ditonton secara umum oleh pengikut - pengikut Facebook Page PIK Kg Chawas....baca selanjutnya

GOOGLE MEET DIGITAL MARKETING WASAPBLAZ BERSAMA PKD BUKIT TANDAK DAN MARA

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2021

Program ini adalah program rantaian dari program masakan dari pihak pkd bukit tandak dan mara yang telah menjemput pengurus pik kg chawas sebagai penceramah bagi modul digital marketing. Dalam siri modul ini para usahwan didedahkan dengan teknik pemasaran menggunakan whatsapp business...baca selanjutnya

GOOGLE MEET DIGITAL MARKETING WASAPBLAZ

Aktiviti Terkini | 28 September 2021

Program ini adalah program rantaian dari program masakan corndog dan swedish meatball dari pihak pkd alor jeringau dan mara. Pihak pkd alor jeringau telah menjemput pengurus pik kg chawas sebagai penceramah bagi modul digital marketing. Dalam siri modul ini para usahwan didedahkan dengan teknik pemasaran menggunakan whatsapp business...baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI FOCA

Aktiviti Terkini | 17 September 2021

Video pembelajaran ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Chawas. Pihak PIK ingin memberi sedikit perkongsian yang bermanfaat mengenai penggunaan Aplikasi Foca. Ia boleh ditonton secara umum oleh pengikut - pengikut Facebook Page PIK Kg Chawas....baca selanjutnya

SIARAN LANSUNG: TANYALAH DOKTOR ANXIETY DAN STRESS

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Program ini adalah salah satu inisiatif pihak pik bagi membantu masyarakat untuk memahami berkenaan topik anxiety & stress dimusim pandemik covid-19....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: CARA MEMBUAT BURGER DAN SANDWICH UNTUK BERNIAGA DI WAKTU PANDEMIK

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kuala Paku di mana empat buah Pusat Internet Komuniti Digi Tanah Merah bergabung dan berkongsi resepi asas menu burger dan sandwich untuk membantu penduduk setempat menjana pendapatan di musim pandemik ini...baca selanjutnya

VIDEO PEMBELAJARAN: MICROSOFT OFFICE LENS

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2021

Video pembelajaran ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Chawas. Pihak PIK ingin memberi sedikit perkongsian yang bermanfaat mengenai penggunaan Microsoft Office Lens. Ia boleh ditonton secara umum oleh pengikut - pengikut Facebook Page PIK Kg Chawas....baca selanjutnya

SIARAN LANSUNG: KELAS CHOCOBOX SIRI 1 DAN 2

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Kelas chocobox ini diadakan bagi membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan dan juga suri rumah untuk menjana pendapatan dengan menghasilkan chocobox dan menjual nya di medium e-dagang shopee. Melalui kelas ini kami ajarkan cara membuat chocobox dengan penggunaan bahan paling ringkas dan mudah....baca selanjutnya

CARA DAFTAR VAKSIN BAGI PELAJAR YANG INGIN.MELANJUTKAN PELAJARAN

Aktiviti Terkini | 1 Julai 2021

Program kerjasama antara PIK Tanah Merah dan staff PIK untuk mendedahkan fungsi shopee dan cara pengajaran berkesan kepada para usahawan di PIK masing-masing...baca selanjutnya

SHOPEE LIVE JUALAN AMAL PIK PART 1 / SHOPEE LIVE JUALAN AMAL PIK PART 2 / E LEARNING CARA MOHON SIJIL GANTIAN / AGIHAN BAKUL MAKANAN ASNAF / E LEARNING CANVA-ANIMATED PICTURE

Aktiviti Terkini | 2,4,27,23 & 28 Mei 2021

Shopee Live Jualan Amal PiK adalah salah satu inisitif dari PIK Tanah Merah dan PIK Temangan dalam usaha mengumpul hasil jualan untuk memberi bantuan kepada asnaf yang memerlukan...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN BUSINESS MODEL CANVAS BERSAMA IKBN & KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 10 & 16 April 2021

Melatih dan memberi pendedahan kepada para bakal usahawan dan belia. ...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN BUSINESS MODEL CANVAS & PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 13 & 27 Mac 2021

Melatih dan memberi pendedahan kepada para bakal usahawan dan belia....baca selanjutnya

E-LEARNING WHATSAPP BUSINESS CATALOG/E-LEARNING PICART/KDB LIVE- BERHEMAH DI INTERNET/KDB LIVE-MAKLUMAT PALSU

Aktiviti Terkini | 3,8,7,19 Februari 2021

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet berkongsi ilmu dengan para usahawan bagaimana cara membuat label dengan menggunakan applikasi whatsapp dan cara untuk menggunakan perisian picart para usahawan dalam urusan jual beli....baca selanjutnya

E-LEARNING WHATSAPP BUSINESS CATALOG, E-LEARNING LIGHT ROOM EDITING & E-LEARNING WHATSAPP BUSINESS QR CODE

Aktiviti Terkini | 29 & 30 Januari 2021

Program adalah bertujuan untuk memperkenalkan fungsi PIK dan aktiviti yang dijalankan di PIK ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti