Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


TAYANGAN FILEM DAN PERTANDINGAN GAMES MENGGUNAKAN APPLIKASI LETZHOP”

18 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program PI1M Kg Chawas akan menganjurkan aktiviti bulan Disember dengan mengadakan tayangan cerita/ telemovie dan juga pertandingan games menggunakan applikasi letzhop... Baca lagi..

PERTANDINGAN MEWARNA DAN BASIC KLIK DENGAN BIJAK PRA-SEKOLAH SK BATU GAJAH

30 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan mewarna ini diadakan untuk para pelajar Pra Sekolah dari SK Batu Gajah Tanah Merah yang seramai 75 orang (3 kelas ) dan juga mengajar basis ICT dan Klik Dengan Bijak.

Kami mulakan aktiviti pada jam 9.00 pagi di Dewan sekolah dan sesi dimulakan dengan murid-murid dari tiga kelas tiba. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan aktiviti pertandingan mewarna berlangsung. Markah di adili oleh guru-guru dari ketiga-tiga buah kelas dan sesi penyampian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Mulianie Bt Yahya selaku Pengurus Pi1M Kg Belimbing.

PROGRAM WARNAKAN MERDEKA BERSAMA PI1M KG CHAWAS

28 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan Ogos bulan kemerdekanaan, pihak Pi1m Kg Chawas ingin mengambil kesempatan untuk meraikan sambuntan hari kemerdekaan dengan mengadakan pertandingan mewarna online dan poster merdeka di Pi1m Kg Chawas... Baca lagi..

JAMUAN HARI RAYA DI PI1M KG CHAWAS

Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan Syawal ini, pihak Pi1m Kg Chawas ingin mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan Hari Raya dengan mengadakan jamuan Hari Raya di Pi1m Kg Chawas. Maka kami akan menyediakan jamuan untuk wargakerja pi1m dan ahli-ahli pi1m sekitar untuk menyertai majlis hari raya kami. Majlis ini juga bertujuan untuk menghargai ahli pi1m yang selama ini menyokong dan memberi sokongan kepada kami.

Matlamat utama program ini adalah meraikan sambutan Hari Raya setelah berpenat sebulan berpuasa dan salah satu tanda terima kasih kami kepada masyarakat. Program ini juga adalah bertujuan memperkenalkan pi1m kg chawas kepada masyarakat. Kami berharap agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sokongan daripada pihak pengurusan CCMSB.

PROGRAM MENGIMARAHKAN SURAU BERSAMA PI1M KG CHAWAS

Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan ramadhan al-mubarak ini, pihak Pi1m Kg Chawas ingin mengambil kesempatan untuk mengimarahkan surau di kawasan Kg Chawas ini di mana kami ingin mengambil peluang untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat. Maka kami ingin tampil menyumbang peralatan yang boleh digunakan untuk pembangunan dan keindahan surau mahupun keperluan yang mereka perlukan. Kami cuba membantu setakat yang termampu

Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai dan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan penduduk dan pengguna Pi1M Kg Chawas.

PROGRAM JOM BELAJAR MENJAHIT KRAF

23 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Program Jom Belajar Menjahit Kraf ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan barangan kraftangan dikalangan masyarakat setempat.

Program ini dijalankan adalah untuk memberi galakan kepada golongan remaja dan masyarakat untuk menambah ilmu dari segi kemahiran dalam pembuatan sesuatu barangan kraf disamping berfikiran kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk. Di samping itu,ia juga bertujuan untuk memberi latihan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan terutama bagi golongan suri rumah yang ingin menambah pendapatan.

ONLINE GAMES

28 April 2015 | Aktiviti Terkini

Program PI1M ingin mengadakan pertandingan “ONLINE GAMES’ ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan lagi PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG CHAWAS kepada masyarakat setempat dan sekitarnya... Baca lagi..

PROGRAM SURF & REDEEM PI1M KG CHAWAS

Sepanjang bulan Februari & March 2015 | Aktiviti Terkini

Program PI1M Reward ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan lagi PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG CHAWAS kepada masyarakat setempat dan sekitarnya... Baca lagi..

Gotong-Royong Banjir 2015

24 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Banjir yang melanda Pusat Internet 1Malaysia Kg Chawas baru-baru telah menyebabkan banyak kerosakkan di Pi1M. Maka program gotong-royong ini adalah sebagai satu pembina semangat dan memupuk hubungan kerjasama dengan ahli-ahli pi1m serta pengurus dan penolong pengurus pi1m yang tinggal berdekatan dengan Pi1m Kg Chawas... Baca lagi..

lagi berita & aktiviti