Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM GOTONG-ROYONG & CERAMAH ADVOKASI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017

Program ini dapat membentuk sifat kerjasama antara ahli dan memastikan kawasan PI1M sentiasa kemas dan bersih serta memperkenalkan fungsi Pi1M dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M selain menyebarkan budaya menggunakan internet dengan bijak dan selamat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SMK BELIMBING PELAJAR PT3

Aktiviti Terkini | 09 November 2017

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar untuk menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2017

Program “PROGRAM KDB & E-WASTE DI MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH” merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah...baca selanjutnya

PERADUAN CONTEST LIKE,SHARE & WIN DI MEDIA SOSIAL FACEBOOK PAGE PI1M KG CHAWAS

Aktiviti Terkini | 19 - 30 September 2017

Peradua LIKE,SHARE & WIN di Media Sosial Facebook merupakan aktiviti online yang mampu untuk menarik jumlah pengikut di page rasmi Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas. Ini adalah kali pertama bagi Pi1m Kg Chawas mengadakan program seperti ini dan kami berharap agar jumlah pengikut semakin ramai dengan mengadakan program seperti ini. Oleh kerana kuasa media sosial sekarang amat besar maka kami berharap agar segala aktiviti dan maklumat terkini dapat disalurkan kepada pengikut di media sosial kami & jumlah pengikut bertambah....baca selanjutnya

KDB DAN PERTANDINGAN MEWARNA SK BATU GAJAH

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017

Pertandingan mewarna dan bercerita ini di adakan khas untuk pelajar Pra- Sekolah SK Batu Gajah dengan bantuan guru kelas dan guru penyelaras Pra. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengekpresikan bakat masing-masing dan juga mendidik pelajar tentang Klik Dengan Bijak dengan kerjasama Pi1M Kg Belimbing, Chawas dan Kuala Paku....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA STAFF PI1M TANAH MERAH

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2017

Majlis sambutan hari raya ini anjuran bersama Pi1m Kg Chawas, Pi1m Kuala Paku & Pi1m Felda Kemahang 3 untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri 2017....baca selanjutnya

BENGKEL ASAS VIDEO PENDEK

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2017

Bengkel Asas Video Pendek anjuran PI1M Kg Belimbing & Kg Chawas ini di adakan bertujuan untuk menarik minat orang awam khususnya kakitangan kerajaan untuk menyertai Pertandingan yang di anjurkan oleh pihak SKMM iaitu Pertandingan video pendek “Tidak Pasti, Jangan Kongsi”. Sehubungan dengan itu, bengkel ini dirangka untuk mengajar asas kepada penghasilan video pendek....baca selanjutnya

Program KDB, E-Waste Dan Pameran Robotik Di Karnival Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Mei 2017

Program ini melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dengan berhemah dan merapatkan hubungan antara guru, pelajar serta pengunjung dan pihak pengurusan PI1M selain memberi pendedahan tentang apa itu robotik kearah kemahiran berfikir aras tinggi...baca selanjutnya

Advokasi Program Di Karnival Bertani 1 Ibadah

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017

Program Advokasi Program Di Karnival Bertani 1 Ibadah diadakan untuk memperkenalkan program robotic kepada para guru dan juga pengunjung karnival...baca selanjutnya

WORD SEARCH PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Tujuan Program “Word Search Puzzle Online” ini adalah untuk bertujuan menerapkan dan membolehkan alhi-ahli pi1m untuk mengasah dan menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis mereka....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM KDB & E-WASTE DI SMK TANAH MERAH 2

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2017

Program ini melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dengan berhemah dan merapatkan hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM GROOMING CLASS BERSAMA PENDUDUK GUAL IPOH

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Program Grooming class koloberasi Pusat Internet Kuala Paku, Chawas & Belimbing diadakan untuk menarik minat orang ramai untuk datang ke Pusat Internet 1 Malaysia terutamanya golongan wanita . Program ini dapat mempromosi aktiviti Pi1M dan menambah penyertaan ahli Pi1M. Selain itu, program klik dengan bijak (KDB) dan E-waste juga diadakan...baca selanjutnya

Pertandingan Pingpong anjuran Pi1m Kg Chawas

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Pertandingan PINGPONG ANJURAN PI1M KG CHAWAS ini di adakan untuk menambah lagi jumlah ahli yang berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas. Maka, pertandingan ini dirancang kerana permainan pingpong ini sering dimainkan oleh masyarakat setempat.....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti