PERTANDINGAN PINGPONG ANJURAN PI1M KG CHAWAS

21 Januari 2017

Pertandingan PINGPONG ANJURAN PI1M KG CHAWAS ini di adakan untuk menambah lagi jumlah ahli yang berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas. Maka, pertandingan ini dirancang kerana permainan pingpong ini sering dimainkan oleh masyarakat setempat.

Matlamat :
Matlamat utama program ini adalah untuk menambah keahlian di PI1M Kg Chawas kepada pengguna dan aktiviti yang dianjurkan juga menyihatkan badan dan bermanfaat. Kami berharap agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bantuan dan sokongan daripada pihak pengurusan CCMSB.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan