Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


1. LIVE BERSAMA USAHAWAN PRINTING KAYU CHETAQ 2. LIVE BERSAMA USAHAWAN AZ TOYS GLOBAL 3. LIVE BERSAMA KEDAI PAKAI MURAH

Aktiviti Terkini | 3,8 &18 Disember 2020

•Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para Usahawan memperkenalkan lagi kedai dan produk yang dijual usahawan melalui pemasaran digital iaitu FB LIVE...baca selanjutnya

JOM BUAT DUIT DENGAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 15 & 27 November 2020

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk mempelajari cara menjual di Shopee ...baca selanjutnya

JOM BUAT DUIT DENGAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2020

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk mempelajari cara menjual di Shopee...baca selanjutnya

JOM BUAT DUIT DENGAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 6 September 2020

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk mempelajari cara menjual di Shopee ...baca selanjutnya

JOM BUAT DUIT DENGAN SHOPEE & FB ADS

Aktiviti Terkini | 4,7,8,13,14,15 & 29 Ogos 2020

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk mempelajari cara menjual di Shopee...baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN (ATAS TALIAN)

Aktiviti Terkini | 25,26 Julai 2020

Membantu para usahawan mendapatkan latihan dalam pengendalian makanan....baca selanjutnya

PROGRAM JOM BUAT 💲💲💲 DENGAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2020

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk mempelajari cara pemasaran online yang berkesan...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2020

Penerangan berkaitan pemasaran produk para usahawan dalam laman shopee....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN – SHOPEE

Aktiviti Terkini | 04, 11 & 19 Januari 2020

Program adalah bertujuan untuk memperkenalkan fungsi PI dan aktiviti yang dijalankan di PI dan melatih dan memberi pendedahan kepada para bakal usahawan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti