Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Program Sambutan As-syura

7 November 2014 | Aktiviti Terkini

Program sambutan as-syura peringkat kampung chawas telah diadakan pada 7/11/2014 iaitu pada hari jumaat.

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama jkkk dan pihak pi1m kg chawas yang telah diadakan di dewan rakyat kg chawas. Ianya juga merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh pihak jkkk sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi rezeki dengan penduduk setempat.

pada program kali ini, kami telah membuat bubur syura sebanyak 2 kawah untuk di bahagi-bahagikan kepada masyrakat setempat khsnya. kami juga telah mendapat kerjasama dari penduduk yang sama-sama bergotong-royong untuk menyediakan bahan2 untuk membuat bubur syura dan bekerjasama mengambil giliran untuk mengacau bubur syura tersebut hingga masak.

Pihak kami amat berbesar hati dapat turut serta dalam program seperti ini dan diharapkan agar ianya akan berterusan di masa akan datang.

Kelas ICT PERCUMA Sepanjang Tahun 2014

18 Julai 2014 | Berita Semasa

Kami menawarkan kelas latihan komputer secara percuma kepada pengguna terutamanya yang berada di kawasan berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas. Kelas latihan yang kami tawarkan merangkumi Microsoft Office 2010 seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint & lain-lain. Sijil turut di sertakan apabila pelajar berjaya menamatkan pengajian di PI1M Kg Chawas.

Pertandingan Reka cipta kad raya 2014

19 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba,kami di Pusat Internet 1 Malaysia telah mengambil 1 inisiatif untuk mengadakan pertandingan reka cipta kad raya 2014 untuk dijadikan hiasan di Pi1M serta peserta boleh menggunakan kad raya tersebut untuk di hantar kepada kawan-kawan.Pertandingan ini menguji daya kreativiti dan kemahiran seni para peserta.Pihak Pi1M turut menyediakan hadiah untuk para pemenang bertuah serta kad yang menang akan di pamerkan di Pi1M Kg Chawas.

pertandingan teka silang kata online

28 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Pertandingan teka silang kata online ini dibuat khusus untuk menguji kemahiran dan ilmu para peserta terutama dari segi kosa kata dan tatabahasa Bahasa Melayu.Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 bahagian peringkat sekolah menengah & sekolah rendah. Manakala hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga setiap kategori.

Hari Terbuka PI1M 2013

26 Oktober 2013 | Berita Semasa

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz selaku Ahli Parlimen Tanah Merah pada 26 Oktober 2013.Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya aktiviti sukaneka seperti mencari guli dalam tepung,berebut kerusi dewasa & kanak-kanak,malahan aktiviti indoor juga turut dijalankan seperti pertandingan matematik hunt,menaip cepat dan tepat serta macam-macam lagi.Dianggarkan seramai 400 orang ramai yang telah menghadirkan diri pada majlis perasmian tersebut dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang telah sudi hadir ke majlis perasmian PI1M Kg Chawas.

lagi berita & aktiviti