Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Tanah Merah merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh. Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti lading getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat. Kg Chawas pula terletak dalam daerah Tanah Merah, kira-kira 5 Kilometer dari pusat bandar Tanah Merah. Kampung Chawas antara kampung yang popular di Tanah Merah kerana kebanyakkan penduduknya terdiri dari pelbagai jenis latar belakang dan budaya. Majoriti kaum yang mendiami kampung ini terdiri dari kaum melayu. Dari aspek kebudayaan pula kampung ini juga terkenal dengan pasukan dikir barat dan juga akitiviti Muay Thai (Tomoi), MakYong dan juga wayang kulit.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023BOX OF SURPRISES PI1M KG CHAWAS
Aktiviti Terkini | 23 - 31 Disember 2016Pertandingan BOX OF SURPRISES PI1M KG CHAWAS ini di adakan untuk menguji pengetahuan para pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas. Disamping mereka datang untuk menggunakan internet, mereka juga boleh menambah ilmu pengetahuan mereka melalui kuiz yang disediakan di dalam box of surpises yang kami sediakan...baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
KDB & E-WASTE SEMPENA GRADUASI BERKELOMPOK PRA SEKOLAH DAERAH TANAH MERAH
Aktiviti Terkini | 20 November 2016Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para ibu bapa yang hadir di Majlis Graduasi Berkelompok pra- Sekolah Daerah Tanah Merah...baca selanjutnya
JELAJAH PENULIS SEMENANJUNG KE SEKOLAH DI SEK.KEB.TANAH MERAH 2
Aktiviti Terkini | 03 Oktober 2016Program Klik Dengan Bijak & E-Waste ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar sempena Program Jelajah Penulis Semenanjung ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 tentang penggunaan internet dengan berhemah dan penerangan apa itu e-waste...baca selanjutnya
KARNIVAL HARI TERBUKA KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
Aktiviti Terkini | 24 September 2016Program Klik Dengan Bijak & E-Waste ini bertujuan untuk mendedahkan para pengunjung Karnival Hari Terbuka Kolej Vokasional Tanah Merah tentang penggunaan internet dengan berhemah dan penerangan apa itu e-waste...baca selanjutnya
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2016Program PI1M Kg Chawas akan menganjurkan aktiviti bulan Ogos yang akan menguji kemahiran ilmu tentang negara Malaysia sempena bulan kemerdekaan ini...baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2016Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)..baca selanjutnya
Open House Aidilfitri Bersama PI1M Tanah Merah (Kg Belimbing, Kg Chawas, Kuala Paku & Kemahang 3)
Aktiviti Terkini | 31 Julai 2016Open House Aidilfitri bersama Pi1M Tanah Merah ini adalah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pelanggan Pi1M yang tidak jemu memberikan sokongan serta menggunakan perkhidmatan di Pi1M dan ia juga akan di jadikan platform ukhwah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara staff PI1M di kawasan TanaH Merah...baca selanjutnya
Sumbangan Majlis Berbuka Puasa & E-Kad Raya
Aktiviti Terkini | 24 Jun 2016Program PI1M Kg Chawas telah mengadakan aktiviti bulan Jun iaitu sempena meraikan musim perayaan yang akan tiba kami membuat e-kad raya dan juga pi1m Kg Chawas telah memberi sumbangan kepada Madrasah Kg Chawas yang menganjurkan majlis berbuka puasa...baca selanjutnya
Pertandingan Fast Typing
Aktiviti Terkini | 29 Mei 2016Program PI1M Kg Chawas akan menganjurkan aktiviti bulan April yang akan menguji kemahiran pelajar kelas komputer yang khususnya serta ahli-ahli Pi1m Kg Chawas. Aktiviti ini dijalankan dengan harapan kami dapat bersama-sama dengan ahli-ahli Pi1M Kg Chawas khususnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim & di samping mempraktikkan segala ilmu yang telah di pelajari didalam kelas latihan komputer...baca selanjutnya
Kejohanan Bowling Tertutup Bersama Persatuan Belia Felda Kemahang 3
Aktiviti Terkini | 16 April 2016Kejohanan ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan dan merapatkan lagi PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA Felda Kemahang3 dengan persatuan belia dan masyarakat setempat. Program ni juga dianjurkan bersama dengan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Chawas...baca selanjutnya
PI1M SURF & REDEEM
Aktiviti Terkini | Februari & Mac 2016Program PI Reward ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan lagi PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG CHAWAS kepada masyarakat setempat dan sekitarnya.baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2016Program PI1M Kg Chawas akan menganjurkan aktiviti bulan Januari yang bertemakan mengindahkan suasana sekeliling Pi1M Kg Chawas. Aktiviti ini dijalankan dengan harapan kami dapat bersama-sama dengan ahli-ahli Pi1M Kg Chawas khususnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim & di samping bergotong-royong untuk menyihatkan badan & mengindahkan kawasan.
Program ini juga diharapkan mampu untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli PI1M Kg Chawas dan bukan ahli. Tambahan pula kami turut menyatakan sokongan terhadap kempen kerajaan yang inginkan kawasan persekitaran bersih dan terhindar dari wabak penyakit.