VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI FOCA
Aktiviti terkini |17 September 2021Tempat Aktiviti:
Facebook: Pusat Internet Komuniti Kg Chawas
Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pengikut page mengenai aplikasi Foca sebagai salah satu medium untuk meningkatkan produktiviti ketika bekerja di rumah kerana ramai yang mengalami rasa lenguh di bahagian bahu, leher dan sakit belakang.
• Memberi kesedaran bahawasanya aplikasi ini berfungsi dengan menggabungkan teknik Pomodoro dengan latihan regangan.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Video ini diadakan melalui talian online.
• Aplikasi ini membolehkan anda dapat mencapai keadaan tenang dan fokus ketika melakukan kerja pejabat di rumah serta membantu anda memperoleh keseimbangan antara kehidupan dan juga kerjaya.
• Rekaan design yang minimalis di dalam aplikasi ini boleh membuatkan anda berasa tenang dan nyaman kerana bunyi ambien yang dihasilkan ketika anda melakukan kerja sangat berkualiti tinggi dan mampu memberikan anda fokus yang mendalam.
• Anda juga boleh melakukan senaman regangan yang menyegarkan dengan ilustrasi dan panduan yang jelas.
• Program ini melibatkan pengikut - pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Chawas.
Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :