VIDEO PEMBELAJARAN: APLIKASI DAYLIO
Aktiviti terkini |18 Disember 2021Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Chawas
Tujuan :
• Berfungsi sebagai diari harian di mana anda boleh menetapkan matlamat, menjejak mood dan mengingatkan anda mengenai rutin harian setiap hari.
• Ia juga boleh menunjukkan statik peribadi dan mengetahui punca perubahan mood anda.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Video ini diadakan melalui talian online.
• Aplikasi ini membolehkan anda merubah warna tema dan mood harian anda secara berkala dan mengira aktiviti sihat yang anda lakukan seperti bersenam, bersantai bersama keluarga dan lain-lain. Ia dapat membantu seseorang individu ke arah kehidupan yang lebih positif.
• Ia juga membantu anda untuk merekodkan fakta peribadi di dalam jurnal harian dengan lebih mudah.
Kelebihan Aktiviti :
• Orang awam dapat mengetahui penggunaan aplikasi Daylio dan cara menggunakannya.
• Aplikasi ini adalah percuma dan boleh diakses di mana sahaja selagi mempunyai rangkaian internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :