SIARAN LANGSUNG: CARA MEMBUAT BURGER DAN SANDWICH UNTUK BERNIAGA DI WAKTU PANDEMIK

Aktiviti terkini |21 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kuala Paku

Tujuan :
• Tujuan perkongsian resepi ini adalah untuk membantu penduduk setempat tidak kira suri rumah, pelajar, usahawan baru dan lain-lain supaya memperoleh idea untuk menjana pendapatan utama atau secara sampingan serta dapat mempelajari resepi ringkas ini dengan cepat dan mudah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 10:30 pagi: Persediaan tempat dan bahan-bahan masakan
• 11:00 pagi: Tayangan Live FB
• 12.00 tengahari: Sesi Live tamat

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi idea atau cadangan baru kepada sesiapa sahaja yang buntu untuk menjana pendapatan pada waktu pandemik ini.
• Memupuk minat seseorang untuk mencuba resepi ringkas dan cepat di samping berkongsi tips jualan serta kreativiti agar mereka mudah untuk menjana pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :