KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti terkini |8 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
PEDI Kg Chawas

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapat menghasilkan dokumen yang berkaitan di tempat kerja, sekolah, rumah dan lain-lain.
• Ia memberikan kelebihan kepada peserta kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan membuka peluang pekerjaan kepada mereka.

Tujuan :
• Tujuan adalah meningkatkan kemahiran dan memberikan latihan yang terperinci kepada peserta sekaligus menggunakan kemudahan internet yang terdapat di PEDI.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Ia memudahkan peserta untuk menyimpan dokumen dan ia juga merupakan salah satu aplikasi yang mesra pengguna.
• Selain itu, Microsoft Office Word ini juga membolehkan peserta membuat format yang berbeza mengikut keperluan dan kepentingannya seperti menyimpan surat di dalam bentuk PDF atau carta yang dihasilkan dalam bentuk JPEG.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempelajari penggunaan Microsoft Office Word dengan lebih dekat dan terperinci apabila mereka berkunjung ke PEDi.
• Peserta juga dapat mengikuti kelas ini secara mingguan atau bulanan mengikut jadual mereka dan petugas akan memberikan tunjuk ajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :