KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti terkini |17 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Chawas

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar agar dapat menghasilkan kerja kursus yang berkaitan di sekolah, rumah dan lain-lain.
• Ia memberikan kelebihan kepada pelajar kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan mereka boleh datang ke PEDi pada hujung minggu atau selepas waktu persekolahan.

Tujuan :
• Tujuan adalah meningkatkan kemahiran dan memberikan latihan yang terperinci kepada peserta sekaligus menggunakan kemudahan internet yang terdapat di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Ia memudahkan pelajar untuk menyimpan dokumen dan ia juga merupakan salah satu aplikasi yang mesra pengguna.
• Selain itu, Microsoft Office Word ini juga membolehkan pelajar membuat format yang berbeza mengikut keperluan seperti menggunakan font yang berbeza dan berwarna agar kerja kursus mereka kelihatan lebih menarik.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempelajari penggunaan Microsoft Office Word dengan lebih dekat dan terperinci apabila mereka berkunjung ke PEDi.
• Peserta juga dapat mengikuti kelas ini secara mingguan atau bulanan mengikut jadual mereka dan petugas akan memberikan tunjuk ajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :