SIARAN LANGSUNG: CARA MEMBUAT CHICKEN CHOP, MASHED POTATO, HAWAIIAN CHICKEN SALAD DAN BLACK PEPPER SAUCE

Aktiviti terkini |2 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Chawas

Ringkasan Aktiviti :
• Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Kuala Paku di mana empat buah Pusat Internet Komuniti Digi Tanah Merah merangkumi Pengurus dan Penolong Pengurus bergabung untuk berkongsi resepi seperti di bawah.
• Pengurus: Chicken Chop dan Black Pepper Sauce.
• Penolong Pengurus: Hawaiian Chicken Salad dan Mashed Potato.

Tujuan :
• Tujuan perkongsian resepi ini adalah untuk membantu penduduk setempat tidak kira suri rumah, pelajar, usahawan baru dan lain-lain supaya memperoleh idea untuk menjana pendapatan utama atau secara sampingan serta dapat mempelajari resepi ringkas ini dengan cepat dan mudah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 11.00 a.m: Persediaan tempat dan bahan-bahan masakan.
• 12.00 p.m: Tayangan LIVE
• 2.00 p.m: Sesi LIVE tamat


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi idea atau cadangan baru kepada sesiapa sahaja yang buntu untuk menjana pendapatan pada bulan Ramadhan.
• Memupuk minat seseorang untuk mencuba resepi ringkas dan cepat di samping berkongsi tips jualan serta kreativiti agar mereka mudah untuk menjana pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :