KELAS ICT: SUNTING LOGO PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN CANVA.

Aktiviti terkini |9 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
PEDI Kg Chawas

Tujuan :
• Tujuan adalah meningkatkan kemahiran dan memberikan latihan yang terperinci kepada peserta sekaligus menggunakan kemudahan internet yang terdapat di PEDI.
• Selain itu, peserta juga dapat membina kesetiaan dan kepercayaan pelanggan apabila mereka mula menjenamakan perniagaan mereka di masa hadapan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Ia boleh memudahkan peserta membuat “editing” logo tanpa menggunakan aplikasi profesional kerana Canva merupakan pemilihan yang tepat untuk peserta yang baru menceburi bidang perniagaan.
• Selain itu, peserta juga boleh memilih warna, imej, dan juga bentuk logo yang dipaparkan serta mengubah suai mengikut citarasa masing-masing.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mempelajari penggunaan Canva dengan lebih dekat dan terperinci apabila mereka berkunjung ke PEDi.
• Peserta juga dapat mengikuti kelas editing logo ini secara mingguan atau bulanan mengikut jadual mereka dan petugas akan memberikan tunjuk ajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :