KELAS USAHAWAN: PASARKAN PRODUK ANDA DENGAN TEKNIK FOTOGRAFI ‘FLAT LAY’ DAN VIDEO PENDEK

Aktiviti terkini |21 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Belimbing

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan untuk membantu usahawan setempat mengambil gambar menggunakan smartphone dengan mengaplikasikan teknik flatlay dan membuat video pendek untuk produk mereka.

Tujuan :
• Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang teknik pemasaran menggunakan teknik fotografi ‘flat lay’ dan video pendek dalam memasarkan produk mereka.
• Program ini juga membantu usahawan dalam mempelajari teknik ini dengan lebih mendalam dan dapat memasarkan produk mereka dengan lebih teratur.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ini merupakan salah satu cara pemasaran yang perlu digunakan oleh usahawan agar dapat mengembangkan lagi bisnes mereka.
• Usahawan juga dapat mengetahui cara-cara untuk menghasilkan video pendek berdurasi 1 minit serta pemilihan lagu yang bersesuaian.


Kelebihan Aktiviti :
• Memahami dengan mudah dan jelas cara menghasilkan gambar ‘flat lay’ menggunakan teknik yang betul.
• Mempelajari keunikan produk sendiri untuk menghasilkan video pendek yang menarik.
• Ambil tahu persaingan secara sihat dan kenal pasti kekuatan produk masing-masing supaya content yang dihasilkan berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :