KELAS SHOPEE: ASAS MEMBINA KEDAI DI SHOPEE
Aktiviti terkini |15 Januari 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Kuala Paku
Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan untuk membantu usahawan setempat membina kedai di Shopee dengan mendaftarkan diri sebagai penjual dan menyenaraikan produk.
Tujuan :
• Ia bertujuan untuk melatih usahawan mengenai asas berniaga di Shopee seperti meletakkan harga pasaran, gambar dan juga video.
• Selain itu, ia juga dapat membimbing usahawan secara praktikal sepanjang kelas berlangsung terutama mengenai cara penghantaran dan pembungkusan produk.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas Shopee ini merupakan salah satu cara pemasaran yang perlu digunakan oleh usahawan agar dapat mengembangkan lagi bisnes mereka.
• Usahawan juga dapat mengetahui cara-cara untuk menarik minat pelanggan menerusi penggunaan voucher dan juga kaedah ‘free shipping’.
Kelebihan Aktiviti :
• Memahami dengan mudah dan jelas cara asas menjual di Shopee.
• Mempelajari keunikan produk sendiri dan cara menguruskan pesanan dengan betul.
• Ambil tahu persaingan secara sihat dan amalkan cara pengiklanan yang bertepatan dengan undang-undang Shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :