KELAS ICT: MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti terkini |12 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Chawas

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta agar dapat
• menghasilkan pelbagai jenis dokumen untuk kegunaan di sekolah dan di rumah.
• Ia memberikan kelebihan kepada peserta kerana terdapat banyak pengisian yang menarik dan sekali gus memberikan pendedahan kemahiran ICT kepada mereka.

Tujuan :
• Tujuan adalah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan memberikan latihan yang terperinci kepada peserta dalam masa yang sama dapat menggunakan kemudahan internet yang terdapat di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam MS Word, MS Excel & MS Powepoint.
• Memasukkan elemen gambar, bentuk, jadual, carta dan lain-lain lagi. Selain itu, Microsoft Office Word ini juga membolehkan peserta menghasilkan sejumlah dokumen bertujuan untuk di print atau di cetak.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word secara teori dan praktikal dalam penyediaan dokumen dan fail.
• Peserta juga dapat mengikuti kelas ini secara mingguan atau bulanan mengikut jadual mereka dan petugas akan memberikan tunjuk ajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :